Aku abadikan luahan hati ini kerana disinilah medium aku melepaskan tekanan....
Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kau MENCINTAI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...
SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "
SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."
Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."
Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...
SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kau MENCINTAI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...
SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "
SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."
Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."
Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...
SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela
Sakit hati, cinta, kasih, sayang, apa makna perkataan ini? Aku tak dapat nak jawab. Kepada siapa aku perlu cinta? kepada siapa aku perlu kasih? Kepada siapa aku perlu sayang? Imbas balik hidup aku, banyak kesilapan yang telah aku lakukan dengan menggunakan perkataan-perkataan tadi…
Orang yang perlu aku benci aku sayang….Orang yang perlu aku sayang aku benci…Begitu juga dengan yang lain-lainnya. Dulu aku nampak perkataan hanyalah perkataan, sekarang semakin aku berusia baru aku sedar setiap perkataan kegunaannya perlulah selari dengan maksud dan situasi.
Mengapa aku terfikir pasal benda ini sekarang…Kenapa? Aku tak nak hidup aku dibayangi kisah silam.Tiada penghujungnya…Kebanyakan sahabat,rakan dan orang yang aku kenal sekarang sudah mampu berdiri di atas kegagalan masa silam mereka. Aku…Hmmm…Susah nak cakap…Nak cakap gagal tak, berjaya pun tak…Seperti aku tak redha dengan ketentuan-Nya.
Kenapa?
Aku perlu keluar daripada belenggu yang tak berkesudahan ini… demi amanah yang telah dikurniakan-Nya kepada aku,keluarga aku…Tetapi selagi begini bagaimana aku nak melaksanakan tugas aku sebaiknya.
Kadang kala masalah aku ini nampak remeh tapi sebenarnya besar gak impaknya pada diri aku. Bagaimana aku hendak melupakan orang yang pernah aku cinta,ini?….isteri aku pun aku tak layan macam itu…(Ini salah aku…)Buat masa ini cara aku nak lawan gangguan ini dengan hanya memikirkan si kecil comel kesayanganku.tetapi sampai bila…
Benda ini dah jadi darah daging aku dah…Ingatan ini selalu ‘flashback’. Setiap benda yang ada kaitan dengan dia akan buat aku rasa cinta tetapi dalam pada masa yang sama sedih, perit, tak bermaya, dendam dan tidak puas hati. Aku terdengar lagu Metallica, Sad But True aku teringat dia.(Aku minat Metallica…Paisehla macam ni.).Itu belum masuk lagu Evanesance,Nelly d.ll. Juga tak termasuk segala peristiwa lagi…(Paranoid aku jadinya.)
Aku kenal dia masa ‘form’4,umur masa tu baru 16 tahun, sekarang umur aku sudah 29 tahun.(13 tahun masa dah berlalu). Aku kenal isteri aku masa umur aku 21 tahun, sehingga lah sekarang, susah senang bersama.(8 tahun dah berlalu).Sejarah aku dengan dia bermula dari aku kenal dia sehingga aku kenal isteri aku.(5 tahun).Itu baru kenal, belum lagi jadi kekasih lagi.(Adakah 3 bulan tempoh tu sebagai kekasih?) Secara logiknya isteri aku lebih berhak mendapat perasaan dan layanan itu daripada aku berbanding dia.
Apa perasaan ini sebenarnya?
Aku tak dapat nak faham.Kenapa aku ungkit kisah silam ini. Dia tidak pernah kacau lagi hidup aku…aku juga cuba menjarakkan sejauh mungkin diri aku dari hidup dia…Apa yang aku inginkan sebenarnya?
(Sebagai pengkaji aku kena kajikan?) Cuba (flashback) balik…
Kenapa aku berperasaan kepada dia?…(Kali pertama berjumpa aku nampak seperti dialah orang yang aku perlu dalam hidup aku…
Kenapa?(Tiada sebab…Aku nampak dia macam bidadari.).
Adakah dia berperasaan sama seperti aku?(Tak tahu…tiada ucapan dan tanda perbuatan yang mencerminkan lebih daripada seorang kawan.)
Apa yang buatkan dia begitu istimewa sangat kat aku?(Aku sanggup buat apa saja untuk lihat dia tersenyum)
Aku istimewa sangat kepada dia ke?(Tak tahu, aku rasa tidak, tetapi dia selalu cerita masalah dia kat aku bila dia gaduh dengan Bf dia).
Hmm… Aku tak boleh nak tanya diri aku lagi…sayang, pedih, sakit, teramat sangat.
Bila aku fikirkan isteri aku tiada perasaan pedih, sakit, teramat sangat ini.
Tetapi aku tak boleh.Apa yang aku nak sebenarnya?
Hmmm… Aku rasa aku tahu…
Kenapa dia buat aku begini?
Adakah aku ini beban kepada dia?(Aku rasa ya…)
Pernahkah dia suka aku seperti aku suka padanya?
Jikalau dia anggap aku sebagai seorang dari kawan dia…(definisi kawan ini pun aku tak tahu sejauh mana..)kenapa dia buat tindakan begitu?(memberi aku harapan lepas itu mengecewakan…)Itu bukan tindakan seorang kawan…
Mungkin ada jawapan yang telah dijelaskan sebelum aku clash dulu. Mungkin aku tak ingat…
Aku taknak hidup dalam bayangan, aku ingin mengasihi isteri aku sebaik mungkin sebab aku rasa bersalah kepada dia…Aku ingin bebas.
Kenapa? Sebab aku rasa tertipu sebagai seorang kawan kepada dia(Jika dia anggap aku kawan)…Aku tak dapat cari cara untuk maafkan dia…
Ubat untuk sakit hati adalah kemaafan…Ada orang pernah sakitkan hati aku lagi teruk daripada dia tetapi aku boleh maafkan…Tetapi dia…Aku tak tahu kenapa, mungkin sudah jadi racun dalam diri aku ini.Aku boleh terima qada’ dan qadar tetapi sebabnya mesti kukuh dan bukan di RANCANG memandai. Mungkin sebab ini aku tidak boleh lupakan dia…Betul kata orang tua…Dendam itu racun…
(tetapi aku bukan jenis orang yag suka membalas)
Tetapi bagi aku…semuanya sudah tidak bermakna lagi.Inilah hakikat hidup aku. Aku boleh jadi ‘avenger’ atau aku boleh jadi ‘romeo’ walaupun jiwa aku pedih. Situasi telah membuat aku hanya mampu memilih jalan ini walaupun aku terluka…Jika betul aku betul-betul menyintai dirinya, lepaskan saja dia kerana jika dengan cara itu membuatkan dia bahagia, jadi?
Kita tidak suka melihat orang yang kita cintai meranakan?….
Hmmm….Ya…Allah, berikan aku ketenangan….
No comments:
Post a Comment