Saturday, November 14, 2009

Malam Yang Blur


Hari ni...Aku tak tahu nak tulis apa...
Malam ni...Aku ingat 6 tahun dulu,
Aku sibuk memikir nak beri apa pada,
seseorang yang pernah bertakhta di hatiku,
Akhirnya aku bersetuju beri kad...
"Costume made baiknya" dari aku...
sekadar untuk melihat hati budinya...
Mana taknya, lebih nak dekat 7 tahun aku,
menderita...(tula orang cakap...ROMEO MUST
DIE)..tiba-tiba terasa bagai bulan jatuh
keriba...Aku boleh beri apa yang dia mahukan,
Tapi apa gunanya kalau aku rasa was-was...
Lain rasanya bila berkasih( hmmm...x patut
panggil mcm tu pun) tapi tiada panggilan manja,
nak dating pun kena ajak dia alasan nak study...
macam ada yang tak kena...
macam terpaksa...(Hina ke aku ni?)
So aku pun ambil keputusan yang betul2 mengubah
hidup aku...aku submit kad2 tu (3 kad) dan yang
paling ironinya 3 hari lepas tu aku clash dengan
dia...Walaupun apa pun alasannya, bagi aku x
munasabah kerana aku rasa aku dipergunakan...
siang itu selepas dia luahkan segalanya, aku ingat
aku memesit motor aku layan segala selekoh
(skemanya ayat aku ni) dari rumah aku di Ampang
sampai ke Kajang lalu jalan Empangan Semenyih...
(budak psycho wat hal la ni) tanpa pakai helmet...
siap accident lagi kat corner sungai Tekala...
Balik aku lalu Highway Kajang-Cheras dengan seluar
koyak rabak penuh dengan darah...Bagi aku sakit
pedih hati aku hari tu lebih teruk dpd sakit
fizikal aku hari tu...
3 bulan lepas tu aku jumpa dengan awek baru (bini
aku sekarang), itupun selepas 'di heret oleh
kawan-kawan aku (thanx to you all, bro...)
Tak kisah la x macam supermodel pun (hehehe, selera
besar aku ni) janji hatinya cantik!
Bila teringat kembali memang pedih, tapi itulah
hakikat,kalau x tak namanya pengalamankan?
Memang sukar aku ingin terima hakikat...
Memang sukar untuk mengubat luka hati ini (parutnya
sampai sekarang rasanya..) tetapi perlu apa aku
mengeluh...sekarang hidupku x lah teruk sangat...
aku sudah di kurniakan seorang bidadari comel penghias
hidup aku...Pada Nasuha Athirah...papa pesan jangan buat
perkara macam tu kat orang lain...kalau kena orang macam
papa k...la, tapi kalau kena dengan lelaki yang kaki
suka membalas...naya tak pasal-pasal...
(bukan semua lelaki teruk k...)
so setiap tahun beginila aku...layan 'blues' pada tengah
malam ni(besok ada eksperimen lagi...hmmm),acara rutin
setiap tahun bertemankan gitar dan kenangan...(waa..layan
macam Aie lak...Aku dan Sesuatu)
dan lagu dari MP3 player aku ni...
So pada dia Happy Birthday 2 u...
selamat menimang cahaya mata x lama lagi bersama suami
tercinta...thanx for the memory...
(Aku ada eksperimen top secret lain malam ni...hahahahaha...
mana tahu lepas ni ada bidadari lain nak keluarkan? hehehe!)

-shahraizen82...10/11/09...11.37pm

No comments:

Post a Comment