Friday, August 12, 2011

Diari 2 Bulan

16/6/2011

      1 tgh.hari
      Waktu rehat ni… Officer aku suruh aku pantau mesin NMR, budak praktikal ada run sample… (nasibla, saper suruh time belajar dulu jadi romeo…). OK la tu… Tapi fikiran aku teramat terganggu kebelakangan ini….Banyak nightmare, so sebagai seorang yang bakal bergelar saintis nuklear (hahahahahaha!) aku kena kaji apa yang berlaku pada diri aku ni….
Duit: OK ke KO
Family: Adat orang berkahwin ada pasang surut,takde major prob…
Jasmani: Aku sudah membusykan diri aku setiap minggu dengan futsal, stamina dahsyat lagi…(Walaupun pancit lepas 10 minit, hahahaha!)
Rohani: Ini kot probnya…
      Tuhan dah beri banyak aku anugerah, tetapi adat manusia sentiasa nak lebih….Kalau dulu aku boleh merungut (Zaman remaja) sekarang apa lagi? Selain dari rumah sendiri, buat masa ini aku dah ada macam2, kenderaan cukup, makan cukup, teman2 ada, family yang boleh dikatakan tiada masalah, duit ajela yang macam biskut chipsmore sikit, tapi masalah ini mungkin akan selesai kalau aku ‘promotion’ nanti. (adatla duduk KL, bawah 4k kira masih miskin lagi, ini rate akula)
      Mungkin sebab aku masih kecewa sebab segala yang aku rancang dari dulu tak terlaksana. Tapi apa dia yek…Lupa lak aku impian itu…Dah lama hancur dah…Tetapi sudah diganti dengan baru…Kena muhasabah diri balik ni…(Lu saper nak soalkan ketentuan hidup dari Allah!Mana rukun iman terakhir ko?)
      Setan dalam diri aku ni masih tak puas hati lagi, Aku masih belum bebas dari gangguan kisah silam aku…(kena cari formula la ni….)Hmmm…
Aku nak sedekah kat jin makanan (smoking time)…calo dulu…
(Hahahahaha)

20/6/2011

      Tak tahulah sakitnya hati aku tentang makhluk2 tuhan ni. Tak kacau kena kacau…. Setan,setan,setan…
Malas nak cakap banyak, meh aku poskan apa yang aku dapat kat internet ni…Moga jadi renungan untuk aku dan makhluk2 tu kalau makhluk tu terbacalah. Aku pun taklah pandai sangatkan;

1) Untuk Orang Takbur
·        Firman Allah SWT dalam surah “al-Nahl” : ayat 23 yang bermaksud:
“Bahawasanya Allah SWT tidak suka kepada orang yang bersifat takbur”.
2) Pasal Fitnah, Mengumpat dan Mengadu domba,

·        Sabda al-Mustafa صلى الله عليه وسلم didalam Sahih Muslim: 2742
إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ, وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا, فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ, فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ, فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ
Ertinya; Dunia ini adalah manisan berwarna hijau dan Allah تعالى menciptanya untuk kamu tinggal, maka Dia akan melihat apa yang kamu semua lakukan. Oleh itu, takutilah kamu (hati-hati) pada fitnah dunia dan takutilah (hati-hati) kamu pada fitnah wanita, Maka sesungguhnya permulaan fitnah yang berlaku pada Bani Isra’il adalah daripada wanita.
  • Sabda Nabi dalam kitab Sahihain bermaksud:

 “Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan.”
                                                                                        (Al-Fath, hadis riwayat Muslim)

·        Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain.  Apakan kamu suka memakan dangging saudara kamu yang telah mati?  Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.

(Surah “al-Hujurat: Ayat 12)
·        Rasulullah S.A.W. bersabda, mafhumnya:

“Wahai orang yang beriman dengan lisannya shaja dan meimanannya itu meresap kedalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin, janganlah pula menjejaki keburukan mereka, sesiapa yang menjejaki keburukan mereka maka Allah SWT akan menjejaki keburukannya dan barangsiapa yang dijejaki kerburukannya oleh Allah SWT maka Allah SWT akan menyingkap keaibannya sekalipun ia berada di dalam rumah”.

(Riwayat: Abi Barzah al-Aslami R.A.)

·        Firman Allah Subhanahu wa Taala bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan."

                                                                                                          (QS al-Hujurat 49 : 6)

·        Amaran Allah Subhanahu wa Taala dalam firmannya,

 "Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang-orang yang beriman, akan mendapat azab yang payah di dalam dunia dan akhirat."

                                                                               (QS An-Nur 24 : 19)

·        Dari Abu Darda r. a. , katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bererti:

 “Sesiapa menolak(melarang) dari(diumpati) peribadi saudaranya, nescaya Allah akan menolak(memalingkan)neraka dari mukanya pada hari kiamat. ”

                                                              (Riwayat Tirmidzi, ia menyatakan hadis hasan)

 

·        al-Quran, Allah berfirman:

…dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh…

                                                                                                                (al-Baqarah: 191)

·        Firman Allah Ta’ala dalam al Qur’anul Karim,
"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)."
                                                                                               Ayat 11 dalam surah al-Nur
“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah di sisi Allah adalah pendusta.”
                                                                                                             (QS. An Nur, 24:13)

·        Nabi Yusuf As diancam untuk dipenjara.
“Wanita itu berkata: “Itulah Dia orang yang kamu cela aku karena (tertarik) kepadanya, dan Sesungguhnya aku telah menggoda Dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi Dia menolak. dan Sesungguhnya jika Dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, niscaya Dia akan dipenjarakan dan Dia akan Termasuk golongan orang-orang yang hina.” Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku Termasuk orang-orang yang bodoh.”
                                                                                                           (QS. Yusuf, 21:32-33)

Hmmm…
Note:
Masa ni baru pandai nak buka ayat-ayat al-Quran…

11/7/2011

Bulan puasa, aku sudah naik pangkat…banyak kerja…
Tahun ni ada bonus…
Tak sabar nak raya, tak sabar nak bercuti di Pahang.
Boleh cari rumah sendiri… Alhamdulillah….

No comments:

Post a Comment